Assalamualaikum dan Salam Sejahtera – Entry Pertama

29 Oct

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Disini saya telah mencipta blog ini iaitu blog pendidikan khas masalah pendengaran bagi membantu orang-orang awam terutama para ibubapa dan juga guru-guru pendidikan khas untuk mengenali apa dia yang dimaksudkan pendidikan khas dan apa ciri-ciri kanak-kanak masalah pendengaran ini.

Di sini saya juga akan memasukan beberapa video dan tips-tips bagi membantu para ibu bapa dan guru-guru dalam mengatasi cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam berhadapan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran ini.

Selain daripada itu, contoh-contoh alat bantu pengajaran bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dan jenis-jenis komunikasi yang boleh digunakan untuk berinteraksi sama mereka juga akan saya upload dalam blog ini.

Dengan itu, saya berharap blog ini dapat membantu orang awam terutama para ibu bapa dan juga guru-guru dalam memahami dan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.